Saturday, 23 August 2014
Program Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-57, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta dan Pelancaran Bulan Kesihatan
23 Ogos 2014 - Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) telah menganjurkan 'Program Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-57, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta dan Pelancaran Bulan Kesihatan' di pinggir Sungai Melaka. Sebanyak 31 buah sekolah telah dijemput bagi memeriah majlis tersebut. Sekolah Menengah Kebanhsaan Dato' Dol Said telah menghantar seramai 20 orang pelajar bagi menyertai program tersebut. Kesemua pelajar tersebut terdiri daripada pelajar tingkatan 3.
Sambutan Hari Raya Peringkat Aspura 2014
Tuan Pengetua berborak dengan NYDP PIBG
Muhd Ammar ketika mempengurusikan majlis
Ketika mengaminkan doa yand dibaca
Haji Sehat dan Encik Rosli
Cikgu Roslan dan keluarga
Encik Mohd Nor Asri ketika berucap
Cikgu Sapian ketika berucap
Abdul Haziq ketika berkaraoke
Saudara Syazmil ketika berkaraoke
Kek yang disumbangkan oleh Encik Mohd Nor Asri
Puan Sri Dewi & Puan Zaemah
Tuan Pengetua ketika memotong kek
Puan Zaemah & Puan Sri Dewi ketika berkaraoke
Puan Zaemah & Puan Sri Dewi ketika berkaraoke
Exco Media ber'selfie' selepas tamat majlis
- EXCO MEDIA MPPA 2014
Saturday, 9 August 2014
Pertandingan Paintball Peringkat Negeri Melaka.
9 Ogos 2014 - Aspura Smk Dato' Dol Said telah menghantar 2 pasukan bagi menyertai pertandingan paintball antara sekolah berasrama peringkat negeri Melaka yang dianjurkan di Puteri Resort. Pasukan A kategori menengah rendah telah berjaya menjadi johan bagi keseluruhan mengalahkan Sekolah Tahfiz Al-Quran, Bukit Chemderah. Pasukan B pula hanya berjaya menjadi antara 8 pasukan terbaik. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana telah mengharumkan nama Aspura SDDS diperingkat negeri.
Wednesday, 18 June 2014
Program bersama AADK dan Hospital Alor Gajah.
18 Jun 2014 - Satu program kesedaran tentang Bahayanya Dadah Dalam Kalangan Remaja dan Pengetahuan Tentang HIV/AIDS serta pameran Kesedaran Penyakit Denggi telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato' Dol Said Bestari. Ceramah-ceramah itu telah diberikan oleh Dr. Zulfahmi dari Unit Perhubungan Sekolah dari Hospital Alor Gajah dan juga oleh Puan Fadhilah dari Unit Perhubungan Sekolah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Alor Gajah. Pelajar Aspura, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Sekolah telah dijemput untuk menghadirkan diri pada program berkenaan yang berlangsung selama 2 jam dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Saturday, 7 June 2014
Perkahwinan Warden Aspura
6 Jun 2014 - Ketua Warden kami telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, iaitu Puan Siti Khalijah Binti Senin di kediamannya di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Diwalikan bapa sebelah pengantin perempuan, dengan sekali lafaz Puan Siti Khalijah sah menjadi isteri kepada Encik Mohamad Farhan Bin Abu Talib. Mengikut adat negeri Melaka, pada sebelah malamnya akan ada 'Malam Perinai Besar' dimana,pengantin lelaki akan berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi alunan kompang dan, akan ada pertunjukkan bunga api. Dengan itu,pasukan kompang Aspura Smk Dato' Dol Said sekali lagi diberi mandat untuk mengalunkan kompang bagi mengiringi pengantin selama tiga hari. Majlis persandingan berlangsung selama tiga hari bermula dari 6 Jun 2014 - 8 Jun 2014
Malam Perinai Besar
Majlis Persandingan Di Rumah Pengantin Perempuan
Majlis Persandingan Sebelah Pihak Pengantin Lelaki
- EXCO MEDIA MPPA ASPURA 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)