31 Mei 2014 - Pasukan kompang yang terdiri daripada pelbagai tingkatan telah ditubuhkan dan diberikan mandat untuk mengiringi anak lelaki mantan pengetua Smk Dato' Dol Said, iaitu Puan Hajjah Khalijah Bte. Abdul Rahman serta pasangannya pada majlis persandingan mereka di kediaman milik keluarga Encik Haji Atan dan Puan Hajjah Khalijah di Pulau Sebang. Turut serta adalah pasukan Silat Gayong yang diwakili oleh tiga orang pelajar Aspura Smk Dato' Dol Said dalam membuat persembahan kepada pengantin.
Pasukan Kompang Aspura
Pasukan Silat Gayong Aspura
-
- EXCO MEDIA MPPA ASPURA 2014